Pelajar GTP berlatih buah silat di gelanggang terbuka pada waktu malam

Paksi Pewaris — Kuala Lumpur

Berani Bergerak. Teguh Mewarisi.

Gerak Tempur Pewaris membentuk disiplin, keyakinan diri dan jati diri melalui seni tempur — dari hati ke minda, kemudian jasmani. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, mesra keluarga.

Video

Latihan Di Gelanggang

Rakaman latihan buah dan bimbingan jurulatih di Paksi Pewaris. Tekan butang main untuk mendengar suara asal video.

Lambang rasmi Gerak Tempur Pewaris
Sesi latihan penuh bersama jurulatih GTP
Lambang rasmi Gerak Tempur Pewaris
Bimbingan buah silat bersama jurulatih GTP

Apa yang Kami Bina

Disiplin

Latihan berterusan yang membentuk kekuatan mental dan fizikal, mengikut adab dan tertib perguruan.

Keyakinan Diri

Setiap pelajar dilatih berani menghadapi cabaran — di gelanggang dan dalam kehidupan.

Jati Diri & Warisan

Melayukan diri sebagai hamba Allah, menghayati warisan seni tempur dan nilai persaudaraan.

Tentang Kami

Gerak. Tempur. Pewaris.

Gerak — strategi perancangan yang didirikan dan ditetapkan. Tempur — tindakan daripada gerak tersebut dengan berani tanpa keraguan. Pewaris — diri sendiri yang memegang dan melaksanakan ikrar GTP.

GTP bernaung di bawah Paksi Pewaris, syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (no. pendaftaran 001928208-A) yang diasaskan pada 9 Februari 2010 di Taman AU1, Kuala Lumpur, dengan tumpuan kepada kelas latihan seni beladiri.

Cikgu Faizal Azhar bin Othman, pengasas Paksi Pewaris, berpakaian silat

Cikgu Faizal Azhar bin Othman

Pengasas sepenuhnya Paksi Pewaris dan Kelab Gerak Tempur Pewaris. Beliau memegang Tali Pinggang Hitam dalam Taekwondo dan Kenjutsu Karate, serta pernah menyandang gelaran Guru Muda dalam Gerak Tempur Yunan.

Lambang rasmi Gerak Tempur Pewaris — harimau kumbang putih, tiga jalur biru, latar hitam dan tulisan merah

Pengertian Lambang

Disalin daripada dokumen rasmi perguruan.

Gerak Tempur Pewaris
Gerak — pengaturan strategi untuk menguasai keadaan. Tempur — ketetapan keberanian menghadapi cabaran. Pewaris — amanah pemegang ilmu menegakkan kebenaran.
Paksi Pewaris
Nama tapak di mana ilmu Gerak Tempur Pewaris ini bernaung.
Bulatan
Melambangkan alam semesta yang menjadi interaksi antara tenaga dalaman diri dengan tenaga alam semesta.
Warna Putih
Melambangkan cahaya kesucian atau kebenaran yang dibawa oleh para petempur dalam perjuangan kehidupan.
Tulisan Merah
Melambangkan keberanian bertempur dengan segala cabaran kehidupan tanpa mengira erti kegagalan.
Latar Belakang Hitam
Simbol ilmu pertubuhan ini yang tidak menunjukkan corak, di mana ia sukar diramal.
3 Jalur Biru
Warna identiti pertubuhan ini, sempena warna Pendekar Megat Alang Di Laut — antara susur galur yang mewariskan ilmu beladiri ini.
Harimau Kumbang Putih
Maskot pertubuhan — simbolik kemahiran tinggi dalam mengharungi kehidupan. Putih melambangkan kemurnian hati, sifat pemurah dan mengasihani.

Latihan

Gelanggang & Disiplin

Latihan GTP berpaksikan aturan dari hati ke minda, kemudian jasmani — pencetus evolusi diri yang membawa kesempurnaan dalam perjalanan hidup.

Gelanggang Utama

Dewan MPAJ AU1C — setiap malam Jumaat

Gelanggang Asas

Dewan KRT, Jalan AU1C/4L — setiap malam Selasa atau hari kelas Silat Kombat

Teratak Pewaris

Rumah Guru Muda Cikgu Faizal Azhar

Butiran seperti umur peserta, yuran dan masa sesi tertentu — maklumat lanjut akan dikongsikan. Sila daftar minat atau tanya melalui WhatsApp.

Pelajar GTP berbaris rapi semasa sesi latihan di gelanggang berbumbung
Barisan latihan penuh disiplin
Pelajar muda GTP berlatih tumbukan dan tendangan menggunakan beg pasir
Latihan serangan dengan beg pasir
Guru GTP mengajar teknik menggunakan pad kepada pelajar muda
Bimbingan teknik bersama guru

Pengertian Silat

  • Dari segi istilah bermaksud ikatan — dari silaturahim, iaitu ikatan kasih.
  • Ikatan dengan Yang Maha Esa menjadi tujuan hidup dan mati — hanya keredhoan-Nya yang dicari.
  • Ikatan persaudaraan sesama perguruan yang berteraskan kesetiaan dan kejujuran.
  • Ikatan dalam mengatur langkah — mematikan gerak langkah musuh menjadi buntu.
  • Ikatan dalam teknik dan taktik tempur — menjadikan serangan pertahanan menyesakkan musuh.

Keseragaman Hitam

  • Hitam tidak bercorak dan sukar dibaca lawan — melayukan diri sebagai hamba Allah.
  • Melambangkan ketuhanan sebelum bermulanya kejadian, pada Zat-Nya semata-mata.
  • Bersembunyi di dalam terang, bertindak di dalam tenang.
Lambang huruf Ta, simbol Prinsip 3 TA

Prinsip 3 TA

  • Tajam — ketajaman pemikiran
  • Tangkas — ketangkasan tindakan
  • Tepat — ketepatan sasaran

Adab Perguruan

  1. Menepati masa pada setiap acara — kita tidak mahu membazir masa orang lain.
  2. Berbusana pakaian silat lengkap atau pakaian yang diwajibkan bagi acara tertentu.
  3. Sembah hormat pada gelanggang, guru dan jurulatih atau senior sebelum masuk gelanggang atau memulakan latihan.
  4. Berdisiplin dan sentiasa fokus pada latihan, mengikut arahan dan peraturan yang diberikan.
  5. Kekal tenang jiwa dalam latihan dengan mengawal emosi walau dalam keadaan tegang dan sukar.
  6. Mematuhi aturan acara pembukaan dan penutupan gelanggang dengan Sembah Tempur.
  7. Tertib — merendah diri mengikut resmi padi: lagi berisi lagi menunduk. Melayukan diri.

Ikrar GTP

  1. Kami akan mengenali diri
  2. Kami akan menegakkan kebenaran
  3. Kami akan berteguh hati
  4. Kami akan genggam amanah diberikan
  5. Kami akan setia kepada bangsa dan negara
  6. Kami akan mengasihi alam dan manusia
  7. Kami akan mencari keredhoan Tuhan

Galeri

Suasana & Pencapaian

Koleksi gambar latihan, pertandingan dan momen kejayaan keluarga Gerak Tempur Pewaris. Klik mana-mana gambar untuk paparan lebih besar.

Latihan buah di gelanggang pada waktu malam
Keluarga besar Gerak Tempur Pewaris
Semangat komuniti selepas latihan
Pasukan GTP di pertandingan
Detik kemenangan di gelanggang
Juara muda menerima sijil penghargaan
Juara dengan pingat dan sijil
Dua juara muda dengan pingat emas
Kumpulan bengkung merah
Kumpulan bengkung biru
Kumpulan bengkung kuning dan hijau
Barisan latihan penuh disiplin
Latihan serangan dengan beg pasir
Bimbingan teknik bersama guru

Soalan Lazim

Ada Soalan?

Jawapan ringkas kepada soalan yang selalu ditanya. Jika soalan anda tidak terjawab, hubungi kami terus melalui WhatsApp.

Isi borang pendaftaran minat di bahagian Pendaftaran, kemudian hantar butiran anda melalui WhatsApp. Pasukan kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.

Pendaftaran

Daftar Minat

Isi borang di bawah. Selepas itu, sebuah mesej WhatsApp yang lengkap dengan butiran anda akan disediakan — tekan butang "Hantar di WhatsApp" untuk menghantarnya kepada kami di 013-353 7755. Borang ini tidak menyimpan atau menghantar data secara automatik.